KOPERASI MELAYU MUKIM SUNGAI BATU SERDANG KEDAH BERHAD

HALA TUJU, TUJUAN DAN PERANCANGAN 


Untuk memastikan Koperasi ini sentiasa berdaya saing dan maju, Koperasi telah, sedang dan akan menggunakan pendekatan matlamat yang dirangka penyusunannya mengikut kesesuaian berikut:

 

i.    Mempelbagai aktiviti yang berdaya maju selaras dengan prinsip-prinsip koperasi. 

ii.    Meningkatkan sumber pendapatan melalui pembelian hartanah atau pemilikan harta yang mana akan ditransformasi menjadi punca ekonomi secara komersial.

iii.       Memberi pulangan  yang  optimum kepada anggota melalui pengagihan dividen tahunan menerusi  pendapatan dan keuntungan yang diperolehi. 

iv.  Mengutamakan kebajikan anggota menerusi perlbagai aktiviti dan sumbangan yang bermanfaat yang akan dirancang dari masa ke semasa. 


Untuk merealisasikan perancangan melalui matlamat yang dinyatakan, pengurusan

koperasi dengan bantuan dan bimbingan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia

akan terus berusaha agar Koperasi sentiasa peka dengan keperluan dan kehendak

aliran ekonomi semasa.  


MOTO

Persepakatan disemai, kejayaan dituai. 


FALASAFAH 

Kita tidak seharusnya hanya menggunakan kepintaran kita sendiri tetapi adalah lebih baik kita menggunakan kebijaksanaan semua orang 


OBJEKTIF 

Memberi khidmat yang cekap dan terbaik untuk meningkatkan hasil pendapatan seterusnya menghasilkan pulangan atas modal pada kadar maksimum. 


MISI 

Mewujud dan menjadikan koperasi kompetitif, berdaya saing, progresif dan berintegriti. 


VISI 

Meningkat penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi serta memperkasa anggota dan masyarakat untuk melakukan sumbangan sesama insan.